Monday, May 23, 2011

JiwaKU Yang Halus

Mengingatimu adalah suatu perkara yang unik sering kulalukan...
Cinta kita cinta sejati, cinta kekal abadi keranaNya...
Ya Allah, andai dirinya memang tercipta untukku, aku rela menerimanya...


PROLOG

Alia termenung lagi… sudah seminggu dia begitu, tidak gembirakah dia dengan takdir yang ditetapkan untuknya. Kedengaran keluhan kecil dari bibir comelnya. Keadaan di situ sungguh tenang, nyaman, tempat yang suatu masa dahulu menjadi impian untuk didiaminya. Jelaslah, Allah itu Maha Esa, impiannya dikabulkan tapi….. biarlah masa menentukan segalanya.

Kedengaran derap kaki menghampiri biliknya, dia dapat mengagak siapa.

“Alia, kenapa tak makan lagi? Nanti masuk angin perut tu”,kata-kata emaknya kedengaran penuh kasih sayang.

“Tak apalah mak, nanti Lia makanla, Lia kenyang lagi. Lagipun Lia tunggu abang balik, nanti boleh makan sama-sama”, dia memberi alasan, senyumannya dapat menyembunyikan segala kekalutan hati.

“Kalau macam tu, takpala, mak nak pi rumah mak long sat, nak hantar bekas dia yang mak pinjam ni,Lia nak ikut?”, lembut emakya bertanya.

“Takpala mak, Lia rasa tak sedap badan. Mak kirim salam kat mak long na”.

Sebenarnya dia masih malu untuk bergaul dengan mereka walaupun dia sedar dia tidak wajar berperangai begitu, kalau mama dapat tahu mesti dia kena leteran panjang.

”Mak pi dulu na, Lia dok sorang-sorang ni baik-baik sikit”, usik ibunya, sama macam abang – asyik mengusik aja kerjanya.

Dia hanya mengangguk dan menghantar ibunya dengan pandangan mata. Dia terdengar bunyi motor ibunya keluar dari rumah, dan keadaan begitu sepi selepas itu. Dia kembali termenung, mengenang untung nasib diri.

”Hah, macam tak percaya, sudah seminggu dia bergelar isteri.... kepada lelaki yang sukar dipercayai bakal menjadi suaminya. Lelaki yang dianggap abang, yang terlalu baik baginya. Suatu masa dulu, jika ditanya apakah dia mahu jika lelaki itu adalah insan istimewa dalam hidupnya, nun jauh di sudut hati memang dia mahu tapi dia rasa tak layak untuk bergandingan dengan lelaki sebaik itu. ”Huh..”, dia mengeluh lagi untuk kesekian kali walaupun dia tahu tak baik mengeluh. Wajarkah dia berbincang dengan mama, tapi untuk apa lagi... sebelum kahwin, dia tak pernah ada rahsia dengan mamanya tapi baginya rahsia perkahwinan biarlah dia tanggung sendiri. Kenangan setahun yang lalu seperti layar didepan matanya.

No comments: