Pengendalian LDK
..:: Pengendalian Kumpulan
Bagi fasilitator yang baru, memang tidak dapat lari daripada perasaan gementar dan gemuruh menghadapi ahli kumpulan yang masih asing. Apa lagi kalau peserta-peserta program adalah daripada golongan yang terpilih. Ada beberapa perkara yang mesti sentiasa diingat dan diamalkan. Berikut disenaraikan beberapa perkara yang mesti sentiasa dilakukan bagi menanam keyakinan diri fasilitator:
T Yakin dengan diri sendiri.
T Dapatkan maklumat berhubung ahli kumpulan dan buat sedikit penyelidikan berhubung latar belakang ahli.
T Pastikan apakah keperluan kumpulan dinamik dan rancang perjalanan aktiviti.
T Pastikan kumpulan dinamik merasa selesa dan menumpukan perhatian kepada sesi LDK.
T Bina kepercayaan ahli kumpulan dinamik ke atas anda dan sesama ahli supaya mereka merasa selamat berkongsi perasaan dan pengalaman masing-masing.
T Mulakan dengan penuh keterbukaan.
T Berikan penerangan ke atas sesuatu isu dengan jalan yang tepat.
T Fleksibel dengan aktiviti yang dirancang – tetapi jangan lari daripada matlamat dan objektif.
T Wujudkan budaya kumpulan yang saling menerima dan memahami serta menyedari hakikat setiap insan itu berbeza.
T Layani setiap ahli kumpulan sama rata, jangan ada berat sebelah ataupun menyimpan agenda peribadi.
T Pastikan setiap ahli kumpulan merasakan diri mereka itu penting dan berharga.
T Kawal emosi anda – jangan tunjukkan rasa letih dan bosan di hadapan ahli kumpulan.
T Tunjukkan minat yang mendalam.
T Bertenang dan jadilah diri anda sendiri – jangan cuba meniru gaya orang lain.
T Bantu ahli kumpulan melihat isu bukan sebagai bahan perdebatan tetapi sebagai bahan yang perlu dikaji dan diperbincangkan.
T Beri perhatian kepada perbincangan kumpulan dinamik.
T Catatkan isi perbincangan setepat mungkin.
T Beri galakan dan sokongan kepada mereka.
T Jangan tunjukkan sebarang reaksi tidak bersetuju ataupun terkejut.
T Pastikan setiap ahli faham dan mengikuti perbincangan (jangan sampai ada yang ketinggalan).
T Jaga masa dengan berkesan, apabila ahli kumpulan dinamik kelihatan letih, cuba bagi mereka rehat seketika, bagi mereka minum ataupun makanan ringan.
..:: Pengenalan
T Anda boleh memulakan dengan menyatakan matlamat dan objektif.
T Sesi pertama harus berkenalan.
T Pembukan bicara (ice-breaking) penting bagi menghilangkan rasa kaku dan kekok ahli-ahli kumpulan serta fasilitator sendiri.
T Penting melakukan mind-setting atau pengarahan minda.
..:: Penyertaan
..:: Bertindak Neutral
..:: Penerokaan
- Soal-siasat untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang isu
..:: Pernyataan Semula
..:: Pembalikan atau Pantulan
..:: Penyimpulan
..:: Hak Peserta
T Biasa terjadi, ahli kumpulan menyisihkan sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan kumpulan mereka.
T Fasilitator perlu memberikan peluang yang sama kepada semua ahli kumpulan.
..:: Penelitian
T Fasilitator harus mendengar semua yang dikatakan.
T Bagi feedback.
..:: Pengurusan Idea
T Galakkan ahli mendapatkan idea daripada sesama sendiri.
..:: Pengurusan Emosi
T Kadang-kadang ada perbincangan yang menyentuh emosi ahli kumpulan.
..:: Menyelesaikan Konflik
T Jangan sekali-kali menyebelahi mana-mana pihak dalam kumpulan.
..:: Tumpuan
T Fokus pada tajuk perbincangan.
..:: Pengawasan
T Antara tingkah laku yang biasa ditunjukkan dalam kumpulan LDK adalah:
o Terlalu banyak bercakap
o Terlalu banyak membantah
o Hujah yang terlalu banyak dan tidak berhenti.
o Pertembungan personaliti.
o Tidak petah.
o Tidak bercakap.
T Petua mendengar dan memerhati
o Tidak bercakap ketika peserta sedang bercakap atau menyatakan pendapat.
o Pastikan peserta itu dalam keadaan selesa dan elakkan sebarang tekanan.
o Tunjukkan minat anda yang mahu mendengar dengan memberikan maklum balas lisan dan bukan lisan.
o Elak atau jauhkan gangguan fizikal dan psikologikal.
o Empati.
o Bersabar mendengar apa yang diucapkannya.
o Tahan kemarahan apabila ada soalan-soalan atau pengucapan mereka yang mengganggu perasaan anda.
o Tanya soalan bagi memastikan apa yang anda faham sama seperti yang dimaksudkan oleh peserta.
o Tuliskan perkara yang diucapkan bagi mengelakkan terlupa.
..:: Penutup
T Fasilitator harus membuat rumusan dengan mengaitkan maklumat-maklumat perbincangan supaya menjadi satu gambaran yang boleh diterima.
T Leraikan segala perasaan yang terbuku.
T Quote kata-kata hikmah, hujah-hujah ahli akademik dan golongan profesional.