Setelah penat beberapa hari aku menjalani latihan kawad secara intensif bagi menyempurnakan kawalan kehormatan bagi pesta konvo UTeM yang ke-6 . Akhirnya dapat juga ak meluangkan masa untuk mengisi laman sesawang ak ini..
Pada kali ini aku akan bercerita sedikit tentang modul ini..
Kesesuaian Modul ini adalah dilakukan bagi tujuan kem-kem yang bertemakan pengurusan masa dan pemikiran kritis. Ini adalah kerana modul ini dapat memandu fikiran ke arah untuk memperjelaskan lagi perjalanan kehidupan yang harus ditempuh..
LDK : Kenapa Saya Disini
---------------------------------------
Masa : 15 minit
Alat : Helaian “Kenapa Saya Di Sini?”
Tujuan :
1. Mewujudkan satu ‘mind-setting’ di kalangan semua peserta tentang tujuan mereka mengikuti program tersebut.
2. Menggariskan objektif program dengan jelas agar dapat dijadikan sebagai panduan oleh para peserta sepanjang mereka mengikuti program.
2. Menggariskan objektif program dengan jelas agar dapat dijadikan sebagai panduan oleh para peserta sepanjang mereka mengikuti program.
Pelaksanaan:
1. Para peserta akan diarahkan untuk mengeluarkan helaian “Kenapa Saya Di Sini?”.
2. Ketua Fasilitator akan menerangkan empat objektif program yang perlu dicapai di akhir program.
3. Para peserta dikehendaki mencatat keempat-empat objektif tersebut di dalam helaian “Kenapa Saya Di Sini?”.
4. Ketua Fasilitator seterusnya akan menjelaskan bahawa keempat-empat objektif tersebut perlu dicapai di akhir program oleh setiap peserta. Para peserta akan dikehendaki untuk membuat penilaian sendiri di akhir program kelak sama ada setiap objektif telah tercapai atau belum.

No comments:
Post a Comment