Friday, July 23, 2010

Pengendalian LDK

 Pengendalian LDK


..:: Pengendalian Kumpulan

Bagi fasilitator yang baru, memang tidak dapat lari daripada perasaan gementar dan gemuruh menghadapi ahli kumpulan yang masih asing. Apa lagi kalau peserta-peserta program adalah daripada golongan yang terpilih. Ada beberapa perkara yang mesti sentiasa diingat dan diamalkan. Berikut disenaraikan beberapa perkara yang mesti sentiasa dilakukan bagi menanam keyakinan diri fasilitator:

T   Yakin dengan diri sendiri.

T   Dapatkan maklumat berhubung ahli kumpulan dan buat sedikit penyelidikan berhubung latar belakang ahli.

T   Pastikan apakah keperluan kumpulan dinamik dan rancang perjalanan aktiviti.

T   Pastikan kumpulan dinamik merasa selesa dan menumpukan perhatian kepada sesi LDK.

T   Bina kepercayaan ahli kumpulan dinamik ke atas anda dan sesama ahli supaya mereka merasa selamat berkongsi perasaan dan pengalaman masing-masing.

T   Mulakan dengan penuh keterbukaan.

T   Berikan penerangan ke atas sesuatu isu dengan jalan yang tepat.

T   Fleksibel dengan aktiviti yang dirancang – tetapi jangan lari daripada matlamat dan objektif.

T   Wujudkan budaya kumpulan yang saling menerima dan memahami serta menyedari hakikat setiap insan itu berbeza.

T   Layani setiap ahli kumpulan sama rata, jangan ada berat sebelah ataupun menyimpan agenda peribadi.

T   Pastikan setiap ahli kumpulan merasakan diri mereka itu penting dan berharga.

T   Kawal emosi anda – jangan tunjukkan rasa letih dan bosan di hadapan ahli kumpulan.

T   Tunjukkan minat yang mendalam.

T   Bertenang dan jadilah diri anda sendiri – jangan cuba meniru gaya orang lain.

T   Bantu ahli kumpulan melihat isu bukan sebagai bahan perdebatan tetapi sebagai bahan yang perlu dikaji dan diperbincangkan.

T   Beri perhatian kepada perbincangan kumpulan dinamik.

T   Catatkan isi perbincangan setepat mungkin.

T   Beri galakan dan sokongan kepada mereka.

T   Jangan tunjukkan sebarang reaksi tidak bersetuju ataupun terkejut.

T   Pastikan setiap ahli faham dan mengikuti perbincangan (jangan sampai ada yang ketinggalan).

T   Jaga masa dengan berkesan, apabila ahli kumpulan dinamik kelihatan letih, cuba bagi mereka rehat seketika, bagi mereka minum ataupun makanan ringan.


..:: Pengenalan

T   Anda boleh memulakan dengan menyatakan matlamat dan objektif.
T   Sesi pertama harus berkenalan.
T   Pembukan bicara (ice-breaking) penting bagi menghilangkan rasa kaku dan kekok ahli-ahli kumpulan serta fasilitator sendiri.
T   Penting melakukan mind-setting atau pengarahan minda.


..:: Penyertaan

            ..:: Bertindak Neutral
            ..:: Penerokaan
- Soal-siasat untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang isu
            ..:: Pernyataan Semula
            ..:: Pembalikan atau Pantulan
            ..:: Penyimpulan


..:: Hak Peserta

T   Biasa terjadi, ahli kumpulan menyisihkan sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan kumpulan mereka.
T   Fasilitator perlu memberikan peluang yang sama kepada semua ahli kumpulan.


..:: Penelitian

T   Fasilitator harus mendengar semua yang dikatakan.
T   Bagi feedback.


..:: Pengurusan Idea

T   Galakkan ahli mendapatkan idea daripada sesama sendiri.


..:: Pengurusan Emosi

T   Kadang-kadang ada perbincangan yang menyentuh emosi ahli kumpulan.


..:: Menyelesaikan Konflik

T   Jangan sekali-kali menyebelahi mana-mana pihak dalam kumpulan.


..:: Tumpuan

T   Fokus pada tajuk perbincangan.


..:: Pengawasan

T   Antara tingkah laku yang biasa ditunjukkan dalam kumpulan LDK adalah:
o    Terlalu banyak bercakap
o    Terlalu banyak membantah
o    Hujah yang terlalu banyak dan tidak berhenti.
o    Pertembungan personaliti.
o    Tidak petah.
o    Tidak bercakap.
T   Petua mendengar dan memerhati
o    Tidak bercakap ketika peserta sedang bercakap atau menyatakan pendapat.
o    Pastikan peserta itu dalam keadaan selesa dan elakkan sebarang tekanan.
o    Tunjukkan minat anda yang mahu mendengar dengan memberikan maklum balas lisan dan bukan lisan.
o    Elak atau jauhkan gangguan fizikal dan psikologikal.
o    Empati.
o    Bersabar mendengar apa yang diucapkannya.
o    Tahan kemarahan apabila ada soalan-soalan atau pengucapan mereka yang mengganggu perasaan anda.
o    Tanya soalan bagi memastikan apa yang anda faham sama seperti yang dimaksudkan oleh peserta.
o    Tuliskan perkara yang diucapkan bagi mengelakkan terlupa.


..:: Penutup

T   Fasilitator harus membuat rumusan dengan mengaitkan maklumat-maklumat perbincangan supaya menjadi satu gambaran yang boleh diterima.
T   Leraikan segala perasaan yang terbuku.
T   Quote kata-kata hikmah, hujah-hujah ahli akademik dan golongan profesional.

No comments: