Ketika itu aku baru habis peperiksaan di universiti, niat di hati ingin bergembira tapi panggilan telefon dari mama buat aku tak senang duduk. Pada mulanya cuma sembang-sembang biasa saja.
”Akak balik dak cuti empat hari nanti?”
”Rasa-rasa tu takla, dah plan nak jumpa Ira, kenapa pulak?”
”Boleh tak akak balik?Ada hal sikit”. Aku mula resah di saat itu. Kenapa? Siapa yang sakit? penting sangat ka? Mama tak pernah macam ni.
”Hal apa ma, habaqla” desaknya.
Nak balik tu tak kisah lagipun dah sebulan lebih tak balik. Hari tu abang Azif Hakimi ada menjengukku di kolej ketika datang berkursus di Gombak. Alhamdulillah, walaupun aku tak ada abang, ada juga orang yang sudi menumpangkan kasih. Mama berkirim apa yang patut melaluinya. Sejak kebelakangan ini aku memang jarang balik, banyak topik yang perlu ditelaah untuk exam. Tak macam tahun-tahun awal dahulu, sebulan sekali kalau tak balik tak sah. Aku terkenang lagi bagaimana terkejutnya dia tatkala mama menyatakan yang ada orang masuk meminang dan mama telah menerimanya. Perasaanku celaru pada masa itu.
”Ma, kenapa tak tanya akak dulu?” suaraku makin sayu, walaupun sepatutnya aku dah dapat terima apa yang bakal dihadapi dengan tabah.
”Kan akak yang kata, kalau ada orang masuk meminang dan kalau mama dengan abah dah berkenan terima aja. insyaAllah kami buat yang terbaik untuk akak” ma menyambung lagi. Aku kelu, apa yang patut aku buat ?!
”Kak, tenang ya.... macam ni, ma nak akak balik cuti empat hari tu nanti, pihak lelaki nak hantar cincin tunang, mereka nak cepat sikit, persiapan takpala biar ma yang buat, akak balik aja” suara mama makin lembut, memujuk.
Mama bercerita tentang abah yang sibuk nak berkenduri besar dan adik-adik yang seronok nak dapat abang ipar tapi aku seolah-olah tak dengar apa-apa., fikiranku bukan disitu. Sedar-sedar mama dah menamatkan perbualan. Pada siapa ingin dikongsi cerita. Segan rasanya nak berkongsi cerita sebegini. Walaupun sering kelihatan ceria dikaca mata ramai namun tak siapa yang tahu duka yang bertapak didada. Aku kuat untuk mama, kerana mama. Kerana itu aku tetap di sini ’Muslim woman must be strong’, itu kata-kata mama selalunya. Ah! Biarlah, segala-galanya dah berlalu, aku redha atas apa yang berlaku. Hanya Allah tempat aku berserah dan mengadu.
****************************
Perjalanan dalam bas dirasakan terlalu lama, selalunya aku mudah tertidur apabila bas mula bergerak tapi malam ini banyak benar rasanya benda yang perlu difikirkan. Siapakah bakal tunanganku.... debaran di hati serasa semakin kencang. Pada mulanya aku terlupa nak bertanya mama, tapi bila mama bertanya samada nak tahu atau tidak, cepat-cepat aku menjawab tak nak. Nak kata abang Hariz Haikal, tak logik sangat, ketika abang Azif datang dulu, panjang mereka bercerita mengenai hubungannya dengan abang Hariz. Lelaki itu hak mutlak keluarganya, aku sama sekali tak ada hak keatas lelaki itu. Walaupun lelaki itu nampak bersungguh dalam perhubungan kami, tetapi aku tetap tak mahu meneruskan perhubungan itu. Aku tak mampu, rela mengaku kalah dari awal daripada makan hati di kemudian hari. Bila kita berkahwin dengan seorang lelaki bermakna kita juga berkahwin dengan kelurganya, kata-kata itu besar makna buat diriku. Lagipun, lelaki itu amat memahami, maklumlah lepasan ijazah Kulliyah Syariah la katakan... aku tersenyum sendirian, menenangkan hati sendiri. Senyuman makin melebar apabila mengingatkan perbualan dengan mama ditelefon semalam.
”Ma, akak kenal ka ’orang’ tu?”, tak tahu nak membahasakan apa.
”Kenal la jugak”, balas mama seolah-olah mempermainkanku.
”Dia baik ka ma?”, tanyaku lagi, tak berpuas hati.
”InsyaAllah”. Aku geram dengan jawapan mama..
“Ma, sure dia tak smoking…. Dia tak garangkan , ish takutla...”
Mama hanya ketawa perlahan dengan telatahku.
”Kak, ma dengan abah bukan senang-senang buat keputusan ni tau, kaklah sorang anak perempuan kami, pilihan kami adalah yang terbaik untuk akak”.
Sayu Alia mendengarnya. ’Ya Allah, biar siapapun dia, jadikanlah dia serasi denganku, dapat membimbingku dunia akhirat, menerima aku seadanya dan menyayangi aku selamanya...Amin’ doaku didalam hati lantas tertidur.
”Akak balik dak cuti empat hari nanti?”
”Rasa-rasa tu takla, dah plan nak jumpa Ira, kenapa pulak?”
”Boleh tak akak balik?
”Hal apa ma, habaqla” desaknya.
Nak balik tu tak kisah lagipun dah sebulan lebih tak balik. Hari tu abang Azif Hakimi ada menjengukku di kolej ketika datang berkursus di Gombak. Alhamdulillah, walaupun aku tak ada abang, ada juga orang yang sudi menumpangkan kasih. Mama berkirim apa yang patut melaluinya. Sejak kebelakangan ini aku memang jarang balik, banyak topik yang perlu ditelaah untuk exam. Tak macam tahun-tahun awal dahulu, sebulan sekali kalau tak balik tak sah. Aku terkenang lagi bagaimana terkejutnya dia tatkala mama menyatakan yang ada orang masuk meminang dan mama telah menerimanya. Perasaanku celaru pada masa itu.
”Ma, kenapa tak tanya akak dulu?” suaraku makin sayu, walaupun sepatutnya aku dah dapat terima apa yang bakal dihadapi dengan tabah.
”
”Kak, tenang ya.... macam ni, ma nak akak balik cuti empat hari tu nanti, pihak lelaki nak hantar cincin tunang, mereka nak cepat sikit, persiapan takpala biar ma yang buat, akak balik aja” suara mama makin lembut, memujuk.
Mama bercerita tentang abah yang sibuk nak berkenduri besar dan adik-adik yang seronok nak dapat abang ipar tapi aku seolah-olah tak dengar apa-apa., fikiranku bukan disitu. Sedar-sedar mama dah menamatkan perbualan. Pada siapa ingin dikongsi cerita. Segan rasanya nak berkongsi cerita sebegini. Walaupun sering kelihatan ceria dikaca mata ramai namun tak siapa yang tahu duka yang bertapak didada. Aku kuat untuk mama, kerana mama. Kerana itu aku tetap di sini ’Muslim woman must be strong’, itu kata-kata mama selalunya. Ah! Biarlah, segala-galanya dah berlalu, aku redha atas apa yang berlaku. Hanya Allah tempat aku berserah dan mengadu.
****************************
Perjalanan dalam bas dirasakan terlalu lama, selalunya aku mudah tertidur apabila bas mula bergerak tapi malam ini banyak benar rasanya benda yang perlu difikirkan. Siapakah bakal tunanganku.... debaran di hati serasa semakin kencang. Pada mulanya aku terlupa nak bertanya mama, tapi bila mama bertanya samada nak tahu atau tidak, cepat-cepat aku menjawab tak nak. Nak kata abang Hariz Haikal, tak logik sangat, ketika abang Azif datang dulu, panjang mereka bercerita mengenai hubungannya dengan abang Hariz. Lelaki itu hak mutlak keluarganya, aku sama sekali tak ada hak keatas lelaki itu. Walaupun lelaki itu nampak bersungguh dalam perhubungan kami, tetapi aku tetap tak mahu meneruskan perhubungan itu. Aku tak mampu, rela mengaku kalah dari awal daripada makan hati di kemudian hari. Bila kita berkahwin dengan seorang lelaki bermakna kita juga berkahwin dengan kelurganya, kata-kata itu besar makna buat diriku. Lagipun, lelaki itu amat memahami, maklumlah lepasan ijazah Kulliyah Syariah la katakan... aku tersenyum sendirian, menenangkan hati sendiri. Senyuman makin melebar apabila mengingatkan perbualan dengan mama ditelefon semalam.
”Ma, akak kenal ka ’orang’ tu?”, tak tahu nak membahasakan apa.
”Kenal la jugak”, balas mama seolah-olah mempermainkanku.
”Dia baik ka ma?”, tanyaku lagi, tak berpuas hati.
”InsyaAllah”. Aku geram dengan jawapan mama..
“Ma, sure dia tak smoking…. Dia tak garang
Mama hanya ketawa perlahan dengan telatahku.
”Kak, ma dengan abah bukan senang-senang buat keputusan ni tau, kaklah sorang anak perempuan kami, pilihan kami adalah yang terbaik untuk akak”.
Sayu Alia mendengarnya. ’Ya Allah, biar siapapun dia, jadikanlah dia serasi denganku, dapat membimbingku dunia akhirat, menerima aku seadanya dan menyayangi aku selamanya...Amin’ doaku didalam hati lantas tertidur.
No comments:
Post a Comment